KUALA LUMPUR – Tiga anggota tentera maut selepas dua helikopter bertembung di udara di Kem TLDM, Lumut, Manjung, pagi tadi.

Kejadian itu berlaku ketika kedua-dua helikopter sedang menjalani latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

Difahamkan tiga mangsa yang disahkan maut oleh pegawai perubatan berada dalam helikopter pertama

Manakala empat mangsa sedang dikeluarkan daripada helikopter kedua namun belum disahkan kedudukan mereka.

Maklumat awal yang diperoleh, kedua-dua pesat telah berlepas dari Padang Setiawan.

Salah sebuah pesawat telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung menerima laporan kejadian pada jam 9.50 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Difahamkan tiga mangsa yang maut berada dalam helikopter pertama

Manakala empat mangsa sedang dikeluarkan daripada helikopter kedua.

Helikopter kedua dinaiki oleh tujuh orang.

Berita menyusul