Gambar hiasan. Foto MOHD ADZLAN.

JOHOR BAHRU – Johor menjadi negeri tertinggi tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI)  di Malaysia setakat Januari hingga kelmarin.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, dalam tempoh itu, seramai 1,936 PATI ditahan menerusi operasi yang dilaksanakan sejak awal tahun ini.

“Dalam pada itu 103 majikan turut ditahan dan 8,072 pemeriksaan dilaksana melibatkan 1,035 operasi di negeri ini.

“Ini sekali gus menjadikan Johor tertinggi dalam tangkapan PATI di Malaysia setakat kelmarin,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baharuddin berkata,  menurut rekod, negeri kedua tertinggi melibatkan tangkapan PATI merupakan Sabah dengan jumlah tangkapan 1,604 dan Selangor pula sebanyak 1,512 tangkapan. 

Setakat ini, seramai 12,987 PATI ditahan seluruh negara hasil 51,831 pemeriksaan.

Bilangan itu meningkat berbanding 10,173 tangkapan dalam tempoh sama tahun lalu.

Dalam pada itu, semalam  seramai18 warga asing ditahan di sekitar Batu Pahat ekoran tiada dipercayai bekerja tanpa permit sah dan lebih masa.

“Sepasukan Unit Penguatkuasaan Batu Pahat telah menyerbu 15 premis  pada 25 dan 26 April lalu manakala 83 orang telah diperiksa.

“Mereka yang ditahan ialah seorang lelaki dewasa dan seorang wanita warga Myanmar, dua lelaki dan dua wanita warga Indonesia serta tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh.

“Kesemua mereka yang ditahan adalah diantara 21 hingga 46 tahun,” katanya.

Mereka yang ditahan dipercayai dengan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast