Facebook Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR – Tiket Konsert Cinta Di Awan yang laris dalam tempoh kurang sejam ditambah satu malam lagi di Arena of Stars, Genting Highlands pada 11 Ogos depan.

Pengumuman itu dibuat penganjur, Resort World Genting menerusi perkongsian dalam Instagram (IG) hari ini.

“Perhatian kepada semua Sitizoners!! Berita baik untuk semua. Oleh sebab sambutan yang hangat, kami berikan satu konsert tambahan bagi Konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan yang bakal berlangsung pada 11 Ogos depan.

“Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan kegemilangan Datuk Seri Siti Nurhaliza atas pentas yang megah ini,” tulisnya.

“Terima kasih kepada peminat atas kepercayaan dan sudah dapatkan tiket. Apa yang penting, apabila dapat sambutan dan saya kena bekerja keras untuk memberikan persembahan dengan impak terbaik.

“Alhamdulillah, terharu dan sangat berterima kasih. Ini pastinya akan memberikan saya, penganjur dan pasukan kerja lebih bersemangat mempersembahkan konsert yang diingati,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast