Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pengecualian syarat-syarat kemasukan bagi warganegara Republik Rakyat China dan India di semua pintu masuk bagi memperkemaskan proses kerja.

Ia selaras dengan pelaksanaan pemberian pengecualian visa bagi tempoh 30 hari kepada warganegara China dan India mulai 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024.

Jabatan Imgresen Malaysia (JIM) Dalam satu kenyataan menjelaskan perkara itu adalah arahan dalaman.

Pihaknya merujuk kepada kekeliruan yang ditularkan oleh sesetengah pihak berkaitan

“Kemudahan ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan kerajaan di bawah Pelan Liberalisasi Visa,” kata JIM.

Sehubungan itu, JIM ingin menegaskan arahan yang dikeluarkan tidak menjejaskan integriti aspek-aspek keselamatan yang telah sedia ada dilaksanakan.

Proses kemasukan masih mengekalkan semakan keselamatan di mana kemasukan pelawat direkodkan dan semakan biometrik dilakukan disemua pintu masuk.

Pelawat yang berada di dalam senarai hitam dan senarai syak akan dapat dikesan dan dilarang masuk.

Selain itu, pematuhan pengisian Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) kepada semua pengembara yang memasuki Malaysia masih dilaksanakan.

Sistem MDAC merekod maklumat keberadaan pelawat dan membolehkan JIM mengesan keberadaan mereka sekiranya diperlukan terutamanya untuk tindakan-tindakan penguatkuasaan.

JIM sekali lagi menegaskan tidak akan sesekali berkompromi terhadap aspek kawalan keselamatan dan terus komited dalam melaksanakan usaha berterusan bagi memudahcara dan melancarkan pergerakan keluar masuk pelawat bagi menyokong pembangunan ekonomi negara.- MalaysiaGazette