KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) bakal mengadakan sebuah program larian ‘Krispy Kreme Joy Run 2024’ bakal diadakan di Dataran Dewan Tunku Canselor UM dengan bertemakan makanan pemanis mulut, donat.

Larian donat ini akan diadakan pada 26 Mei 2024, yang mana para peserta berlari merentasi kampus UM sejauh lima kilometer.

Penasihat program, Prof Madya Ir Dr Nahrizul Adib Kadri berkata, setiap peseta yang menamatkan larian akan diberi donat premium di garisan penamat untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan mereka yang disayangi.

“Program larian donat ini sebenarnya telah diadakan setiap tahun di UM sejak 2017, namun terhenti disebabkan pandemik Covid-19. Kini ia kembali kerana kami percaya sebuah hidup yang sihat adalah sebuah kehidupan yang seimbang.

“Walaupun kita makan pemanis mulut seperti donat, dalam kuantiti yang sederhana, dan di dalam kawalan jumlah kalori yang sesuai, ia sebenarnya membantu kita mengekalkan berat badan yang ideal.

“Tambahan pula dengan aktiviti fizikal yang konsisten seperti larian, kedua-
duanya akan mengawal kita dari makan secara berlebihan dan mengakibatkan pertambahan berat badan,” katanya.

Selain Krispy Kreme sebagai penaja utama, program larian ini turut dijayakan oleh jenama sukan tempatan, Ixora Sports, dan kumpulan pelari amatur, Running Kaki.

Dijangkakan 1,000 orang pelari akan mengambil bahagian dalam program unik ‘berlari dan makan’ ini, tambahnya.

Pendaftaran larian donat ini masih dibuka di laman web CheckPointSpot ( https://v2.checkpointspot.asia/event/Krispy-Kreme-Joy-Run-2024 ), dan pelajar dan staf UM diberi diskaun istimewa untuk yuran penyertaannya. – MalaysiaGazette