Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tembok pagar sebuah masjid di Kuala Kubu Baharu (KKB), Selangor diconteng dengan perkataan menghina Islam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi tadi.

“Kita membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengeluarkan perkataan, bunyi, isyarat dan sebagainya berniat hendak melukakan perasaan keagamaan seseorang.

“Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu, tular di laman media sosial gambar tembok sebuah masjid di KKB diconteng dan difahamkan pihak masjid berkenaan sudah mengecat semula tembok tersebut. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast