Pertubuhan Kebajikan (Al-Jamiatul Khairiah) Selangor Dan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan secara tahun 1985 kini memilih lebih 1,000 ahli di Lembah Klang.

KUALA LUMPUR – Memasuki edisi kelima, lebih 500 rakyat tempatan negara ini berketurunan Arab termasuk dari Singapura dan Indonesia berkumpul pada Makan Malam Himpunan 1000 Jemaah di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan (Al-Jamiatul Khairiah) Selangor Dan Wilayah Persekutuan, kesemua yang berhimpun datang dari seluruh Malaysia yang rata-rata memiliki susur galur dan sejarah keturunan Arab dari Yaman.

Presiden Al-Jamiatul Khairiah, Datuk Seri Dr. Syed Hussein Al Habshee berkata, objektif acara itu untuk menjalinkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli persatuan dan masyarakat.

“Himpunan ini juga melibatkan persatuan-persatuan Arab lain di seluruh Malaysia dan juga Singapura dan Indonesia yang turut bertujuan menambah tabung dan sumber kewangan bagi tujuan kebajikan dan aktiviti-aktiviti persatuan.

“Pada masa sama, kami juga mahu mencari mencari ahli-ahli baru yang akan meneruskan perjuangan dan objektif persatuan pada masa akan datang,” katanya.

Makan Malam Himpunan 1,000 Jemaah yang turut dihadiri enam duta luar negara antaranya Yaman, Mesir dan Jordan telah menampilkan persembahan istimewa seperti gambus dan zapin Arab kepada tetamu.

Jamiatul Khairiah yang telah ditubuhkan sejak tahun 1985 ketika ini memiliki  keahlian lebih 1,000 warganegara Malaysia yang berketurunan Arab di Lembah Klang.

Makan Malam Himpunan 1000 Jemaah turut menampilkan persembahan istimewa seperti gambus dan zapin Arab kepada tetamu.

Syed Hussein menambah, apa yang penting, persatuan itu komited  memperkenalkan dan menghidupkan kebudayaan Arab di antara komuniti mereka yang berketurunan Arab di Malaysia dan masyarakat untuk melakukan ativiti-aktiviti  kebajikan dan keagamaan.

Menurut beliau, keturunan Arab di negara ini mempunyai banyak kabilah seperti Al-Atas, Al-Habshee, Al Jufri dan Albar dan penyatuan perlu sentiasa diusahakan memastikan warisan keturunan itu tidak lenyap begitu sahaja.

“Perancangan kami untuk tahun akan berikutnya adalah untuk menghimpunkan lebih ramai ahli keturunan Arab di negara

“Majlis ini juga dirancang untuk setiap tahun di setiap negeri melibat cawangan di sana dan membabitkan skala yang lebih besar,” katanya lagi.

Syed Hussein memberitahu, Jamiatul Khairiah juga aktif menjalankan program-program kebajikan, kebudayaan dan keagamaan seperti bantuan kepada ahlinya yang tergolong dalam kategori asnaf.

Selain itu kata, aktiviti gotong royong, menyediakan sumbangan bagi tujuan pelajaran serta program-program seperti Maulidur Rasul dan tadarus turun dianjurkan secara konsisten. – MalaysiaGazette