KUANTAN – Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kluster Siswa menambah jumlah sumbangan sebanyak RM100 kepada RM400 pada tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata seramai 19,525 mahasiswa dari negeri ini menerima manfaat itu membabitkan peruntukan sebanyak RM14.18 juta.
Menurutnya, jumlah itu boleh dinaikkan kepada RM500 jika kutipan hasil negeri Pahang bertambah kepada RM1.6 bilion tahun ini.
“Saya sudah berjanji kepada mereka untuk meningkatkan bantuan ini sekiranya berlaku penambahan hasil, kita akan tambah RM100 lagi,” katanya selepas majlis pelancaran BPP Kluster Siswa 2024 di Dewan Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah, Gambang pada hari ini.
“Hari ini seramai 1,600 siswa-siswi terima sumbangan, bakinya Insya-Allah saya akan ke tempat lain, jika ada kesempatan untuk bertemu mereka,” tambah Wan Rosdy lagi. – MalaysiaGazette