Afnan Hamimi Taib Azamudden
Afnan Hamimi Taib Azamudden

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden membidas kenyataan Pengerusi Parti Amaman Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang mengatakan kempen politik dibawa Pas turut menyumbang bertambahnya tindakan ektremisme.

Afnan Hamimi turut menyindir Khalid agar tidak telat mengambil ubat.

“Makan ubat kena ikut waktu. Semoga segera sembuh Bang Khalid (Samad),” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Alor Setar itu mengulas kenyataan Khalid bahawa kempen kebencian dan dakyah bahawa Islam terancam dibawa Pas juga menyuburkan ektremisme agama.

Khalid berkata demikian mengulas pendirian parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok daripada ancaman bunuh.

Khalid sebelum itu mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyatakan solidariti parti itu terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan mengutuk keras insiden ugutan bunuh terhadap pemimpin DAP itu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pas perlu sedar kempen politik mereka sumbang tindakan ekstremisme – Khalid