Peguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin hadir bagi sambungan perbicaraan kes 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 19 FEBRUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini diberitahu bagaimana pasukan pendakwaan mewakili Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa tandatangan yang tertera pada lima resolusi pekeliling (DCR) bukan milik bekas Perdana Menteri itu.

Bagaimanapoun, Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin tidak bersetuju dengan perkara itu apabila beliau disoal Peguambela, Wan Azwan Aiman Wan Fakhurddin.

Wan Azwan berkata, tandatangan Najib tidak sepadan pada lima dokumen DCR untuk 1MDB mendapatkan pinjaman AS$975 juta daripada Deutche Bank AG.

Peguam tersebut membandingkan tandatangan pada lima dokumen itu engan dokumen lain yang mempunyai tandatangan Najib yang disahkan.

Nur Aida berkata, kesemua tandatangan itu serupa dan ia milik Najib.

Wan Azwan: Saya cadang kepada anda, pergerakan tandatangan adalah dari kanan kemudian kiri. Jadi adakah anda setuju bahawa ini bukan tandatangan Datuk Seri Najib?

Aida: Tidak. Tandatangan ini sama.

Wan Azwan: Tidak, saya kata tandatangan-tandatangan ini tidak sama dengan Najib. Adakah anda setuju sebenarnya tandatangan Datuk Seri Najib dipalsukan untuk mengelirukan Lembaga Pengarah 1MDB bagi tujuan luluskan transaksi ini?

Aida: Saya tidak setuju.

Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Pada 2014 1MDB membuat pinjaman sebanyak AS$975 juta untuk membeli balik saham syarikat pelaburan Malaysia itu dalam Aabar Investment PJS. MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin adakah ia bercakap benar atau cuba memesongkan kebenaran.Amat memalukan apabila ada seorang seperti beliau yang cuba mengelirukan mahkamah

Comments are closed.