Ratu Rock Malaysia, Nor Zila Aminuddin atau lebih dikenali sebagai Ella menunjukkan buku Rockers Juga Manusia di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 ketika di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 24 MEI 2024.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Rock, Ella telah menerbitkan buku pertama dalam siri autobiografinya, Rocker juga Manusia Bahagian 1.

Dilahirkan dalam keluarga yang meminati muzik dan nyanyian, bakat Ella, atau nama sebenar Nor Zila Aminuddin, seorang pemalu semakin menyerlah dalam dunia muzik rock yang pada waktu itu didominasi penyanyi lelaki.

Menurut Ella, buku itu mengisahkan tentang pengalaman sejak awal pembabitan beliau dalam industri seni tanah air dan kisah di sebalik tabir yang belum pernah diceritakan kepada umum.

“Saya rasa saya patut berkongsi dengan mereka, terutamanya peminat yang ingin tahu mengenai perjalanan hidup saya sepanjang bergelar seorang penyanyi.

“Buku ini bukan sahaja menceritakan tentang nyanyian dan album lagu, tetapi juga tentang hubungan saya dengan keluarga serta gosip-gosip hangat yang pernah terpalit dengan diri saya.

“Dalam buku ini, ada juga kisah mahal yang perlu dibaca peminat iaitu kisah pertunangan yang suatu ketika dahulu,” katanya pada majlis pelancaran buku Rocker juga Manusia Bahagian 1 pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di Pusat Dagamgan Dunia (PWTC), di sini, semalam.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan buku itu di atas talian atau di rangkaian kedai buku yang terpilih.

Ella berkata, celiau sedang menulis buku kedua sebagai sambungan dalam siri autobiografi itu.-  MalaysiaGazette