Antara tiga kenderaan rosak akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Apartment Sri Kemboja, Bukit Sentosa, Selangor. Foto Ihsan JBPM Selangor.

KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga buah kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Apartment Sri Kemboja di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.59 petang tadi.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fauzi Wahab bersama jentera dikejarkan ke lokasi terbabit.

“Sebaik anggota tiba mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap tiga buah kenderaan yang sedang parkir di kawasan apartment itu.

“Antara kenderaan yang terlibat adalah da buah Perodua Myvi dan sebuah Proton Wira.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja memotong serta mengalihkan pokok sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – MalaysiaGaette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast