Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2024 di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dinasihatkan tidak menyalah guna pemberian baucar buku RM100 yang diumumkan kerajaan semalam, sebaliknya membeli bahan ilmiah yang bermanfaat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pemberian baucar buku itu kepada golongan pelajar akan dilakukan secara berperingkat bagi memberi manfaat kepada kira-kira 1.2 juta penerima, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, perincian lanjut mengenai mekanisme pemberian baucar itu akan diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Ttinggi, Datuk Seri Dr Zaini Ujang pada petang ini.

“Barangkali akan dibuat secara berperingkat sebagai contoh di peringkat universiti, politeknik dan sebagainya. Kita sudah adakan mesyuarat dan beliau (Zaini) akan umumkan apakah pendekatan atau langkah-langkah bagi membolehkan pelaksanaan (pemberian baucar buku) dapat disegerakan.

“Perkara itu (pemberian baucar buku) diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka menjadi kewajipan kita (KPT) untuk mencari pendekatan bagaimana dapat dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan. Perdana Menteri mahu supaya ia dimulakan petang ini.

“Kita mengharapkan agar kisah-kisah lama (salah guna) tidak berulang,,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2024, di sini, hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2024 di Putrajaya hari ini.P

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan meneruskan pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah bermula Tahun 4 hingga ke IPT di negara ini.

Beliau berkata, pemberian baucar itu akan dilakukan bermula hari ini, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang sedang berlangsung.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, baucar buku itu tidak dapat diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah berbanding sebelum ini memandangkan kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast