penjara
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di sini, pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan di kawasan Jelutong, petang semalam hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan pihak polis.

“Lelaki itu direman untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial video berdurasi 66 saat memaparkan beberapa individu mengambil sebuah guni dari dalam sungai dan mendapati terdapat bangkai kucing dalam guni yang berikat itu.

Terdahulu Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika dilaporkan berkata, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku dan pihaknya telah menerima maklumat berkaitan insiden sama beberapa kali sebelum ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast