Wan Rosdy Wan Ismail

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang akan mula menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN),di sini bermula esok sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan oleh doktor.

“Di kesempatan ini saya mohon kemaafan andai ada sebarang kesilapan atau kekhilafan sama ada dalam pertuturan atau perbuatan saya selama ini.

“Saya juga mohonkan doa agar rawatan ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah SWT,” kata Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di Facebook.

May be an image of ‎text that says "‎KENYATAAN MEDIA YB SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG YAB MENTERI BESAR PAHANG MENERIMA RAWATAN DI INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN), KUALA LUMPUR YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail akan menerima rawatan Institut Jantung Negara .(מנו) Kuala Lumpur bermula pada Jun 2024 sehingga satu tarikh yang akan ditentukan oleh pihak doktor. Sehubungan dengan itu. saya menyeru semua pihak bersama-sama mendoakan agar rawatan yang dirancang akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT. DATO' SRI HAJI ZULKIFLI BIN HAJI ACOB YB ETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG 6 JUN 2024‎"‎

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob dalam satu kenyataan menyeru semua pihak bersama-sama mendoakan agar rawatan yang dirancang akan berjalan lancer dan dipermudahkan Allah SWT. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast