KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga wartawan hiburan terkenal era 1980-an hingga 1990-an, Huzz atau nama sebenarnya, Kamal Huzaini Kamaludin.

Huzz, 58, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.10 petang di Pulau Pinang, hari ini.

Fahmi berkata, tulisan Huzz cukup terkenal pada era 80 hingga 90-an sentiasa dinantikan terutamanya dalam kalangan industri hiburan.

“Saya ucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham khususnya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah,” katanya sebentar tadi.

Huzz yang juga bekas pengarang majalah hiburan popular, URTV terlantar di Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan sejak sekitar Mac lalu selepas disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

Penderitaan Huzz turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyerahkan sumbangan kepada bekas wartawan itu diwakili Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahinya di HKL pada 21 Mei lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast