Seorang pelajar maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 16, Jalan Lipis-Benta, petang semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 16, Jalan Lipis-Benta, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Ismail Man berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia 17 tahun itu dalam perjalanan dari rumahnya dari Bandar Saujana Putra, Selangor menuju ke Kolej Vokasional Sultan Haji ahmad shah Al-Mustain Billah, Kuala Lipis untuk menyertai perlawanan bola sepak.

Menurutnya, apaabila tiba di lokasi kejadian, semasa melalui selekoh, motosikal terbabit berdesel dengan trelr di sebelah kiri dari aeah yang sama.

Akibat kemalangan itu, mangsa, Syafiq Izzaq Samsudin disahkan meninggal dunia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta manaa-mana pihak yang melihat kejadian tersebut membantu siasatan polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast