MOSCOW – Naib Presiden Malawi, Saulos Klaus Chilima dan sembilan penumpang lain disahkan terkorban selepas pesawat yang dinaiki mereka dipercayai terhempas, Sputnik memetik laporan portal berita MBC Digital pada Selasa yang memetik kenyataan presiden negara, Lazarus Chakwera.

Pesawat Angkatan Pertahanan Malawi dilapor gagal mendarat di Lapangan Terbang Mzuzu akibat cuaca buruk dan juruterbang dinasihatkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kamuzu di Lilongwe sebelum pesawat itu hilang dari radar sekitar 10 pagi waktu tempatan (0800 GMT) Isnin.

AFP memetik sumber yang mendakwa bahawa serpihan pesawat tentera itu telah ditemui. – BERNAMA-SPUTNIK

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast