SEOUL- Ahli kumpulan K-pop ternama BTS, Jin menamatkan latihan wajib ketenteraan hari ini, selepas 18 bulan dalam perkhidmatan.
Berita gembira itu diraikan peminat beliau di seluruh dunia yang sudah merindui aksi lincahnya di pentas.
Menurut Korea Times, selepas mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan di dalam tentera dalam satu upacara ringkas di Division Lima Infantri di Yeoncheon, kira-kira 61 kilometer di utara Seoul, penghibur ternama itu keluar daripada kawasan berkenaan kira-kira jam 9 pagi.
Sambil disambut oleh ahli-ahli BTS yang lain beliau sempat melambai dan berkata “Hi, ARMY!” kepada media.
ARMY merujuk kepada para peminat BTS seluruh dunia.
Lima lagi ahli kumpulan BTS yang masih berkhidmat di dalam tentera, dilaporkan sudah memohon cuti bagi menghadiri majlis sambutan sempena kepulangan Jin yang diadakan secara tertutup sempena kepulangan Jin di Seoul.- Agensi
END