Mohd Yussof Latiff.

GEORGE TOWN – Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) mencadangkan supaya Mahkamah Perlembagaan diwujudkan segera di negara ini bagi menangani isu berkaitan tidak menghormati Perlembagaan negara.

Presidennya, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, Mahkamah Perlembagaan bukan sesuatu yang asing kerana lebih kurang 85 negara di dunia sudah menubuhkannya bagi memelihara kehormanian masyarakat dan memperkuatkan pentadbiran serta pengurusan negara.

“Negara kini sedang melalui fasa yang tidak sihat apabila media sosial menjadi alat penyampai pelbagai pandangan berkaitan isu yang berkaitan dengan perlembagaan.

“Selain soal pencegahan, kerajaan juga perlu memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan berhubung perlembagaan khasnya mengenai dengan kontrak sosial antara kaum.

“Ia supaya mereka sedar isi kandungan perlembagaan dengan baik dan tidak mudah terjebak dengan isu yang dimainkan pihak berkepentingan diri sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd Yussof berkata, satu mekanisme perlu difikirkan bagi membendung usaha mempermainkan Perlembagaan negara dan kerajaan perlu memgambil tindakan tegas.

Tegas beliau, mereka yang didakwa dan didapati bersalah hendaklah dihukum mandatori penjara atau dibuang daerah atau digantung kerakyatan seketika dan di rotan.

“Masa bagi membicarakan kes tidak menghormati perlembagaan amat terhad sehubungan itu, sesetengah masyarakat berpendapat tidak salah mempersendakan Perlembagaan negara kerana tidak ada hukuman yang jelas,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast