Siti Nurhaliza dan keluarga bergambar dengan kenderaan Range Rover yang baharu dimilikinya. Foto IG Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya memiliki kereta idaman iaitu model Range Rover yang dikatakan bernilai RM2 juta.

Menerusi Instagram, Siti, 45, meluahkan rasa syukur kerja kerasnya selama ini membuatkan hasil apabila berjaya membeli kereta mewah berkenaan.

“Alhamdullillah impian saya untuk memiliki Range Rover terbaru jadi kenyataan dengan usaha dan ini juga rezeki anak-anak saya,” tulisnya.

Ibu kepada dua anak itu turut berkongsi video memaparkan dirinya menaiki kenderaan tersebut ditemani anak lelakinya iaitu Muhammad Afwa. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here