Foto IG Farah Lee.

KUALA LUMPUR – Personaliti media sosial yang juga aktivis kemanusiaan, Farah Lee menepis dakwaan menyalahgunakan wang derma daripada orang awam untuk kegunaan peribadi.

Farah atau Farahin Romli menjelaskan dia tidak pernah mengambil sesen duit yang disumbangkan ke badan bukan kerajaan (NGO) Childrity.

Tegasnya, dia mempunyai pendapatan sendiri untuk menyara kehidupan dan gaya hidupnya.

“Kalau siapa pengikut tegar saya, saya pasti anda akan selalu nampak saya dedahkan pengurusan dana fl.childrity dari masa ke masa. Tiada apa yang saya nak sorok pun, semua saya letak telus dalam laman web.

“Saya pergi misi childrity pun tak pernah ambil satu sen elaun, mereka yang pernah pergi sekali dengan saya tahu saya kerja kuat macam mana.

“Saya bukan kerja uruskan NGO sahaja, banyak lagi penggambaran, kerja, bisnes lain saya buat untuk miliki kehidupan yang saya ada sekarang,” tulis di Instagramnya hari ini.

Pada masa sama Farah, 31, tidak menafikan ada segelintir NGO yang membuat tabung dana awam untuk cepat kaya namun bukan daripada pihaknya.

Tambah Farah lagi, dia juga tidak suka meraih populariti seperti muncul dalam mana-mana program di televisyen.

Foto IG Farah Lee.

“Memang ada orang buat NGO sebab nak senang kaya, tapi tak semua. Haritu ada satu jenama nak bagi dana RM100,000, saya tolak sebab tak menang tangan nak uruskan.

“Tambah pula nak adakan sidang media, saya pula tak suka nak dedahkan diri ni. Keluar televisyen pun selalu tolak.

“Kalau saya kaki makan kos pengurusan, gilalah tolak jumlah sebesar itu, keluar televisyen tu,” ujarnya.

Sementara itu, Farah berkata dia tidak kisah jika tidak mendapat sokongan lagi selepas ini, tetapi aktivis itu meminta netizen di luar sana jangan menabur fitnah.

“Tak nak sokong kami tidak mengapa, tapi hati-hati jangan sampai tabur fitnah. Tak percaya, derma je dekat NGO atau yayasan lain, tak perlu nak perli kalau tak tahu.

“Dah satu hal saya kena tulis panjang-panjang pagi ni. Dah lah tengah penat misi korban Sri Lanka, tiba-tiba kena tuduh salah guna duit derma, kecil hati saya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast