Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang terkawal pagi ini susulan warga kota pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 10 pagi, kenderaan dilaporkan kian meningkat di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) namun perjalanan trafik masih lancar.

Jurucakap itu berkata beberapa laluan smartlane sudah diaktifkan bagi memudahkan perjalanan pulang perantau ke kampung halaman.

“Laluan terbabit antaranya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), KM0.4 hingga KM6.0 arah Utara dari Pandan ke Kempas, KM4.5 hingga KM1.9 arah Selatan dari Setia Tropika ke Pasir Gudang dan KM280 hingga KM276 arah Selatan dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale.

“Selain itu, terdapat juga dua kemalangan di KM438.6 arah Selatan dari Sungai Buaya ke Rawang dan KM407.6 arah Selatan dari Lembah Beringin ke Bukit Tagar, namun tiada lorong terhalang dan tidak menyebabkan sebarang kesesakan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast