Foto: Fb Malawi Government

LILONGWE, Malawi – Empat orang yang meratapi kematian Naib Presiden Malawi maut manakala 12 lagi cedera apabila salah sebuah kenderaan daripada konvoi pengebumian pemimpin itu merempuh orang ramai di sebuah kampung malam semalam, kata polis.

Ia merupakan sebahagian daripada barisan kenderaan yang membawa jasad Saulos Chilima yang meninggal dunia dalam kemalangan pesawat pada awal minggu ini.

Kenderaan tersebut merempuh orang ramai di sebuah kampung di tengah Malawi, Ntcheu.

Kenderaan tersebut adalah antara kenderaan tentera dan polis yang sedang menuju ke kampung halaman Chilima, Nsipe yang terletak kira-kira 180 kilometer selatan ibu negara, Lilongwe untuk pengebumiannya pada hari yang diisytihatkan cuti umum.

“Berikutan rempuhan itu, dua wanita dan dua lelaki pejalan kaki mengelami kecederaan parah di kepala dan patah pelbagai tulang dan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” menurut kenyataan polis.

Jurucakap polis, Peter Kalaya memberitahu AFP, seramai 12 orang mengelami kecederaan.

Beribu-biru orang berbaris di jalan untuk memberi penghormatan kepada Naib Presiden itu.

Seorang saksi memberitahu AFP, kenderaan tersebut merempuh mangsa ketika ia cuba mengelak daripada satu kumpulan.

Jurucakap parti yang disertai Chilima, Felix Njawala berkata, terdapat ketegangan di sepanjang jalan apabila mereka yang meratapi pemergian Naib Presiden itu meminta konvoi tersebut berhenti bagi membolehkan mereka melihat keranda.

“Di Dedza, penduduk menghalang jalan dan mendesak untuk melihat keranda. Hanya apabila konvoi berhenti, orang ramai tenang dan konvoi kemudian meneruskan perjalanan,” katanya kepada AFP sambil menambah terdapat antara mereka yang membaling batu ke arah konvoi itu.

Pada Khamis lalu, parti berkenaan medesak siasatan berhubung insiden pesawat terhempas itu dilakukan.

Pada Isnin lalu, Chilima bersama lapan yang lain meninggal dunia apabila pesawat tentera yang dalam penerbangan domestik terhempas di hutan Chikangawa dalam keadaan kabus tebal.

Serpihan pesawat malang itu ditemui pada Selasa lalu.

Partinya, United Transformation Movement (UTM) yang bekerjasama dengan parti dipimpin Presiden Lazarus Chakwera, Malawi Congress Party (MCP) pada pilihan raya presiden pada 2020.

Semasa upara penghormatan terahir diadakan di sebuah stadium di Lilongwe pada tengahari Ahad lalu, Chakwera mendesak siasatan terhadap insiden itu dilakukan.

“Masyarakat mahu mengetahui bagaimana pesawat yang membawa Naib Presiden dan mereka yang lain hilang dan terhempas. Saya juga mahu mengetahui apa yang berlaku,” katanya.

Pesawat Tentera Udara Malawi, Donier 228-202K, hilang selepas ia gagal mendarat di bandar Mzuzu, utara Malawi berikutan keadaan cuaca buruk dan diberitahu untukĀ  berpatah balik ke ibu negara. – AFP