Keadaan Toyota Inova yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di depan Legoland, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Pemandu Toyota Innova maut selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan Legoland, dekat Lebuh Persisiran Pantai Johor Bahru- Nusajaya, Johor lewat malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Hairulnizam Mohd Noh berkata, lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Manakala, tujuh orang lagi penumpang di dalam kenderaan tersebut serta pemandu kereta Volkwagen Passat iaitu seorang lelaki dewasa turut mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba.

Operasi selesai kira-kira 12.30 pagi tadi. – MalaysiaGazette