Tun Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kenapa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mahu jual 30 peratus sahamnya kepada syarikat Amerika Syarikat (AS) yang menyokong Israel.

“Saya tak faham. Mungkin ada udang di sebalik batu?” soalnya dalam kenyataannya hari ini.

Dr Mahathir berkata, pada mulanya beliau menyangka MAHB mahu berbuat demikian kerana syarikat itu mengalami kerugian.

“Sekarang saya dapat tahu bahawa MAHB untung sebanyak RM543 juta bagi tahun 2023. Tak banyak syarikat yang dapat untung seperti ini,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan Global Infrastructure Partners (GIP) dan rakan kongsi dari Abu Dhabi yang didakwa akan memiliki 30 peratus saham MAHB.

GIP didakwa adalah subsidiari syarikat Blackrock yang pro Israel. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast