Logo BRICS

BRICS merupakan suatu gabungan ekonomi beberapa negara yang tidak boleh tidak dipandang juga, sebagai suatu gabungan geo politik yang sedang dan berpotensi mengakhir hegemoni Amerika Syarikat bukan sahaja dari segi ekonomi, namun hegemoni ketenteraan dan pembulian militari kuasa besar.

Kumpulan ini bermula pada tahun 2009 dengan kerjasama ekonomi Brazil, Rusia, India, China, diikuti penyertaan Afrika Selatan pada tahun 2010 untuk lengkapkan nama kumpulan ini sebagai BRICS.

Pada awal 2024 BRICS menambah keahliannya dengan penyertaan Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu.

Muhammad Zahid Abdul Aziz

Sebanyak 30 negara lain termasuk yang terbaru Malaysia, dan juga Arab Saudi, Indonesia dan Thailand telah menyata hasrat untuk sertai BRICS.

Manakala 97 buah negara lagi dilaporkan akan menghadiri Kemuncak Mesyuarat BRICS di Rusia tahun ini.

Dikatakan buat masa ini BRICS mewakili 40 peratus penduduk dunia dan satu perempat ekonomi dunia.

Walaupun pada dasarnya ia suatu gabungan ekonomi, hakikatnya ia merupakan gabungan anti-dolar Amerika sebagai tindak balas kepada tindak tanduk Dolar Amerika (USD) yang sudah berada di di luar batasan sebagai suatu wang antarabangsa yang pernah dipersetujui ramai suatu masa dulu.

Kini Dolar Amerika dicetak sewenang-wenangnya oleh kerajaan Amerika dengan sekali gus mengkhianati perjanjian yang telah diberi Amerika kepada dunia di Bretton Woods pada tahun 1944.

Untuk memahami hakikat BRICS dan hakikat penyertaan sesebuah negara dalam kumpulan BRICS elok kita imbas kembali sejarah perdagangan antarabangsa khususnya matawang dan cirinya yang diguna untuk perdagangan antarabangsa di zaman lampau.

Kita mula dengan zaman awal kapal-kapal dagang berlayar di lautan dunia.

Kemungkinan saudagar kapal-kapal azali ini mengguna emas untuk membeli barang di rantauan dunia, tapi adalah lebih benar mereka berdagang mengguna konsep barter atau tukar barang dengan barang tanpa mengguna duit.

Melangkah sedikit kehadapan ke-abad 19 bermula dengan England, mengguna Gold Standard atau Standard Emas untuk perdagangan antarabangsa.

Bawah konsep ini negara pasak duit masing-masing kepada emas. Setiap negara berhak menukar wang asing yang mereka pegang kepada emas di negara tersebut berasas kadar yang telah ditetapkan.

Namun sistem ini berakhir pada lingkungan 1930-an akibat teori ekonomi yang mendesak negara cipta duit untuk merangsang ekonomi.

Standard Emas  tidak membenarkan ciptaan duit tanpa sandaran kepada emas baru.

Dari pendangan Islam perlukah Standard Emas ditinggalkan semata-mata kerana hasrat kerajaan masa lampau untuk cipta duit untuk merangsang ekonomi?

Malangnya kita tidak sampai kepada tahap intelektualis tersebut untuk bicara bab ini dalam skop pembentukkan fatwa/ijtihad parameter-parameter wang.

Mungkin ada kaedah lain dalam skop usul fiqh yang membenar kita masih berpegang kepada Standard Emas abad ke-19 ini, yang sebenarnya nampak menarik dari segi patuhan shariahnya.

Maka segerombolan negara kesemuanya meninggalkan Standard Emas untuk berjinak mengamal duit fiat.

Namun dengan berakhirnya perang dunia kedua, dunia kembali kepada Standard Emas dengan Perjanjian Bretton Woods yang dihadiri 44 negara.

Semua bersetuju Dolar Amerika disandar kepada emas dan wang mereka disandar kepada Dolar Amerika dan juga emas seadanya.

Setiap kerajaan negara berhak membawa pegangan Dolar Amerika mereka ke Amerika untuk ditukar kepada emas dengan kadar AS$35 satu ounce emas.

Di dalam Perjanjian Bretton Woods tersebut Amerika berjanji untuk tidak mencetak lebih Dolar Amerika sehingga mengancam kadar tukaran $AS35 untuk satu ounce emas. Tetapi bak kata perpatah moden, janji dicapati.

Suatu kelebihan menjadi iwang antarabangsa (nternational currency) ialah permintaan untuk Dolar Amerika yang tetap dan sentiasa tinggi untuk keperluan dagang antarabangsa, pelancongan, lawatan, pendidikkan dan seumpamanya.

Impot dan ekspot antara dua negara ketiga pun perlu kepada Dolar Amerika.

Maka di dalam keadaan demikian tiada siapa yang tahu seandai Amerika mencipta Dolar Amerika lebih dari had. Itu yang dilakukan oleh Amerika bertahun-tahun.

Kemuncaknya ialah apabila Presiden Nixon mencetak Dolar Amerika untuk biayai perang Vietnam.

Presiden De Gaulle dari Perancis menggelar kedudukkan Dolar Amerika ini “an Exorbitant Previlege” ataupun “Keistimewaan Melampau”.

Satelah bertalu talu Perancis dan beberapa negara tukar Dolar Amerika kepada emas, Presiden Nixon pada Ogos 1971 mengumum ‘the Nixon Shock” atau “Kejutan Nixon”.

Ia menamatkan akujanji Perjanjian Bretton Woods untuk tukar Dolar Amerika kepada emas. Janji ini Amerika Syarikat tidak lagi akan tepati.

Maka bergelumanglah dunia kembali dalam dunia fiat. Dolar Amerika tidak bersandar apa-apa dan wang negara dunia bersandar kepada Dolar Amerika yang tidak bersandar kepada apa-apa.

Namun di dalam keadaan dunia fiat ini Amerika Syarikat terus mencetak $AS180 bilion setiap tahun.

Amerika melalai dunia untuk terus menggunakan Dolar Amerika dengan memperkenal Bon Perbendaharaan Amerika (US Treasury Bonds) sebagai tempat Dolar Amerika dilaburkan.

Ini hanya tipu helah Amerika. US Treasury Bonds hanya merupakan hutang yang tiada niat dibayar oleh Amerika. Jumlah hutang Amerika kini melebihi A$34 trilion.

Amerika bertahan atas simpati dunia semata-mata yang kini dicabar oleh BRICS.

Boleh juga dilakar kedudukkan USD sekarang sebagai saling tak ubah cerita Maharaja Tanpa Pakaian (The Emperor With No Clothes).

Semua peminat USD terutama di pasaran Forex dunia enggan mengaku USD sebagai sakit, tempang dan lemah sebab seandai mereka mengaku hakikat demikian maka runtuhlah keuntungan mereka dalam dagangan.

Sabenarnya Amerika terus menghisap darah dunia. Dunia bertitk peluh mengeluar hasil negara saperti kelapa sawit, cocoa, bauxite, perak,gandum, lain makanan, minyak, gas, produk kilang dan sebagainya.  Amerika membeli semua ini dengan hanya mencetak kepingan kertas hijau. Ini sebenarnya Exorbitant Privilege Amerika.

Mengimbau pengkhianatan terancang ini lima buah negara dunia mula ambil tindakan berhenti mengguna Dolar Amerika sebanyak mungkin dan berdagang antara mereka dengan mengguna wang masing-masing.

Lima negara ini ialah Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan yang disebut kumpulan BRICS.

Jadi adakah ia keputusan baik untuk Malaysia menyertai BRICS? Kita imbau kembali Qaiddhah Fiqhiyyah tersohor Addararu Yuzal Kemudaratan mesti dihapuskan.

Maka jelas sekali ia keputusan tepat untuk Malaysia menyertai BRICS.

Ia menghala untuk mencapai keadilan untuk dunia, dan demi Gaza dan Palestin, sudah terang lagi bersuluh kita tahu siapa sebenarnya yang menguasai pemerintahan dan kekayaan Amerika sebenarnya.

MUHAMMAD ZAHID ABDUL AZIZ
Timbalan Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia