Zawawi Othman

KUALA LUMPUR – UMNO Kelantan menjejaskan pihaknya bersedia untuk meletakan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri kelak.

Ketua Penerangannya, Datuk Zawawi Othman berkata, UMNO  pihaknya akan bekerja sebaik mungkin bagi merampa kembali kerusi berkenaan daripada Perikatan Nasional (PN).

“Jika berlaku PRK susulan pengumuman kekosongan kerusi DUN Nenggiri semalam, kita memang sudah bersiap sedia untuk berdepan situasi berkenaan.

“Mungkin UMNO akan bertanding di kerusi berkenaan dan kita bersedia meletakkan calon yang terbaik bagi mendapatkan semula kerusi berkenaan.

“Apa yang pasti kita akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan selebihnya terserah kepada rakyat yang menilai,” katanya memetik laporan BH Online.

Kerusi DUN Nenggiri diumumkan kosong oleh Yang di-Pertua DUN, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas pihak kerajaan negeri menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Bersatu  mengenai keahlian Mohd Azizi Abu Naim terhenti pada 13 Jun lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lewat petang semalam menetapkan 28 Jun depan bagi mesyia untuk menetapkan tarikh PRK berkenaan.

Untuk rekod, DUN Nenggiri kali pertama dipertandingkan pada 2004 adalah merupakan satu daripada tiga kerusi dalam Parlimen Gua Musang yang disandang Mohd Azizi.

Dua lagi DUN yang berada di bawah Parlimen itu ialah DUN Paloh dan DUN Galas.

Pada PRN lalu, wakil Perikatan Nasional (PN) termasuk Mohd Azizi yang bertanding menggunakan logo Pas berjaya memecah dominasi UMNO dan Barisan Nasional (BN) apabila menang dua daripada tiga kerusi tersebut iaitu DUN Nenggiri dan DUN Paloh. – MalaysiaGazette