Nik Yusaimi bersama pegawai kanan penguatkuasa KDN menunjukkan barang rampasan cetakan dan penerbitan termasuk alat permainan seks yang dirampas dalam serbuan di empat negeri pada 1 hingga 14 Jun lalu.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas pelbagai alat permainan seks (seks toy) dalam Ops Cetak bermula 1 hingga 14 Jun lalu.

Sebanyak 15,602 unit alat permainan seks yang diimport dari China dan Jepun itu dirampas di Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Kedah berjumlah RM540,000.

Selain itu, kementerian tersebut merampas dan menyita pelbagai jenis barang hasil percetakan, penerbitan dan penjualan serta pengedaran dalam bentuk objek dan bahan lucah berjumlah RM1.2 juta.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, sepanjang operasi tersebut, sebanyak 1,759 buah premis diperiksa di seluruh negara dan membuka kertas siasatan atas 119 premis.

Nik Yusaimi bersama pegawai kanan penguatkuasa KDN menunjukkan barang rampasan cetakan dan penerbitan termasuk alat permainan seks yang dirampas dalam serbuan di empat negeri pada 1 hingga 14 Jun lalu.

“Dalam operasi sama, kami berjaya membuat tangkapan ke atas 51 individu yang terdiri daripada 47 lelaki, tiga wanita tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an hingga 90-an yang disyaki bertanggungjawab di sebalik kegiatan tersebut,” katanya pada sidang media di Komples KDN, di sini, hari ini..

Menurut Nik Yusaimi, kesemua individu itu ditahan dan diambil tindakan di bawah Seksyen 3(4) dan 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984) atas kesalahan menggunakan mesin cetak tanpa lessen sah dan pemilikan atau penjualan hasil penerbitan tidak dingini.

Menyentuh mengenai rampasan alat mainan seks, beliau memberitahu, seramai tujuh warga tempatan yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita disyaki mengedarkannya.

Nik Yusaimi bersama pegawai kanan penguatkuasa KDN menunjukkan barang rampasan cetakan dan penerbitan termasuk alat permainan seks yang dirampas dalam serbuan di empat negeri pada 1 hingga 14 Jun lalu.

“Justeru pada masa sama KDN juga merampas menyita tiga premis percetakan haram yang memiliki mesin percetakan tidak berlesen iaitu masing-masing dua di Seri Kembangan dan sebuah di Klang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pasukan penguatkuasa menemui sebuah plat cetakan imej gadis animasi komik lucah di sebuah premis cetak haram di Seri Kembangan dan kami mengesyaki premis ini terlibat dalam percetakan dan penerbitan buku majalah dan komik animasi animasi dan lucah secara haram,” ujarnya.

Kata beliau, pasukan KDN juga mendapati sebuah premis yang di Telok Panglima Garang, Selangor pernah diserbu dan dikenakan kompuan sebanyak RM5,000 oleh mahkamah namun masih mengulangi kesalahan sama.

Nik Yusaimi

Beliau berkata, pemilik premis berkenaan akan didakwa dan dikenakan denda maksimum RM20,000. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast