Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa terkesan dengan pemergian sahabat beliau iaitu bekas Menteri Negara Pendayagunaan Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia Dr Tanri Abeng Palehe yang meninggal dunia di Jakarta hari ini.

“Telah berpulang ke rahmatullah sahabat saya Dr H. Tanri Abeng bin Palehe. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Negara Pendayagunaan BUMN dalam Kabinet Presiden Soeharto.

“Sebagai sahabat saya tentunya terkesan dan mendoakan agar Tuhan mengampuni segala dosanya selama hidupnya.

“Semoga rohnya ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Memetik laporan ANTARA News, Tanri Abeng yang juga pernah berkhidmat di zaman pentadbiran Presiden BJ Habibie menghembuskan nafas pada usia 82 tahun. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast