Oplus_0

RAWANG – Sebuah syarikat perkhidmatan logistik di Kuang di sini didapati gagal mengemukakan sijil perakuan penginapan pekerja asing susulan penemuan penempatan di kilang terbabit.

Ketua Unit Penguatkuasaan dan Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Abd Kadir Muhamad berkata, pihaknya mendapati seramai enam pekerja asing menginap di kilang terbabit.

“Semakan JTKSM kita telah lihat ada penginapan yang disediakan majikan dalam kawasan kilang ini

“Didapati ia tidak mematuhi di bawah Peraturan Akta 446 yang mana (sijil) perakuan penginapan di bawah Seksyen 24B tiada diperoleh I.

“Kita akan ambil tindakan di bawah Akta 446,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia bersama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di sebuah kilang di Kuang, Rawang, hari ini

Terdahulu beliau menyertai Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah kilang milik syarikat perkhidmatan logistik di Kuang, di sini.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya tidak dapat membuat semakan ke atas pekerja asing yang menginap dalam kawasan kilang kerana dokumen berada di ibu pejabat syarikat terbabit.

“Kita akan buat saman hadir JTK Rawang pada 1 Julai 2024 untuk membuat semakan lanjut terhadap apa-apa sahaja Akta Kerja,” katanya.

Katanya lagi, seramai enam pekerja asing didapati menginap di dalam kawasan kilang itu setakat ini.

“Semakan awal seramai enam orang dan ini pekerja asing yang berurus terus dengan kilang,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast