elakon veteran, Kamal Bakar, 62, yang menghidap kanser paru-paru tahap empat menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka pukul 1 pagi tadi.

MELAKA – Pelakon veteran, Kamal Bakar, 62, yang menghidap kanser paru-paru tahap empat menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka pukul 1 pagi tadi.

Anak sulungnya, Hanis Kamal, 35 berkata, jenazah yang diuruskan di Hospital Melaka dibawa pulang ke rumah untuk urusan selanjutnya di Masjid Bukit Baru.

“Urusan mandi dan kafan akan dibuat di masjid selepas itu arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru selepas Zohor,” katanya ketika dihubungi pemberita awal pagi tadi

Menurut Hanis, Sabtu lalu bapanya itu dalam keadaan nazak selepas dua minggu dirawat di ICU, Hospital Melaka akibat kanser paru-paru tahap empat dan keadaan bertambah serius apabila terdapat jangkitan kuman di paru-paru.

Pada 3 Jun lalu, Kamal dikejarkan ke Hospital Melaka selepas keadaan kesihatannya semakin merosot sebelum doktor mengesahkan Kamal menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Kamal Yang juga kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka meninggalkan seorang balu, Sarina Shariff, 56, yang dikahwini pada 1988 serta lima anak.

Antara drama dan filem dibintangi pelakon itu adalah Pendekar, Ratu Ten Pin, Takdirnya, Aku Orang Minyak dan Suami Aku Ustaz. – MalaysiaGazette