Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR –  Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) mendedahkan kepada Dewan Rakyat mengenai dalang isu penjualan saham penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat berkait BlackRock.

Beliau berkata, penjualan itu didakwa digerakkan individu berpangkat tinggi di dalam salah sebuah syarikat pemilik MAHB.

“Saya mendapat satu surat layang bahawa KWSP yang cuba menjelaskan kepada rakyat Malaysia selain Khazanah dan KWSP yang benar-benar mahukan perkara ini dijayakan dalam isu ini.

“Difahamkan nama yang disebut kerana dalam LinkedIn beliau terlibat dalam penjualan saham MAHB kepada GIP BlackRock.

“Individu ini difahamkan dalam surat layang yang diberikan mempunyai karektor pembuli dan ramai pekerja KWSP tidak berani bersuara dan minta kami pembankang bersuara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal berkata demikian setelah mendapat satu surat layang namun ia tidak diperincikan oleh beliau.

MalaysiaGazette bagaimanapun tidak menamakan individu yang didakwa oleh Wan Ahmad Fayhsal atas alasan undang-undang.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal menggesa agar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menggerakkan satu siasatan terhadap dakwaan tersebut.

“Tolong siasat dalang penjualan saham MAHB ini dalam Khazanah dan KWSP, saya memanggil PAC untuk panggil mereka semua untuk terangkan kepada kami kenapa jual saham MAHB kepada BlackRock dan GIP,” katanya lagi ketika membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanajaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi tahun 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, usul tergempar yang dibawa Wan Ahmad Fayhsal menggesa penangguhan atau pembatalan penjualan sebahagian saham MAHB kepada syarikat berkait BlackRock ditolak Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal dilaporkan mengemukakan usul meminta kerajaan menarik semula keputusan penjualan sebahagian saham MAHB di Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) & 18(2) sebagai usul tergempar.

Beliau berkata, usul sama dihantar mengikut Peraturan Mesyuarat 27(1) dan 27(3) pada awal Jun lalu sebagai usul persendirian yang dijadikan sebahagian daripada Aturan Urusan Mesyuarat (Ahli Bukan Kerajaan) bagi pertimbangan untuk dibahaskan.

Pada 15 Mei lalu, Gateway Development Alliance (GDA) dan pemegang sahamnya mengumumkan tawaran sukarela prasyarat untuk mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki Konsortium pada harga tawaran sebanyak RM11 sesaham yang bersamaan dengan RM18.4 bilion.

Konsortium itu diterajui dua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan Malaysia – Khazanah Nasional Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mana boleh batalkan! Penjualan saham MAHB kpd Blackrock yng merupakan pembiaya senjata Zionis dlm membunuh ribuan rakyat Palestin di Gaza disokong penuh oleh UMNO, terutamq Zahid Hamidi. Org Melayu menyokong penuh UMNO utk bersama2 Blackrock Zionis ni…Hidup UMNO! Hidup Melayu! Hidup Blackrock! Hidup Zionist!! Terbaik…

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here