KUALA LUMPUR – Pemain badminton perseorangan lelaki China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia semalam.

Insiden malang itu berlaku ketika perlawanan antara China menentang Jepun dalam aksi Kumpulan D di GOR Among Raga, menurut laporan BH Online.

Zhi Jie yang berusia 17 tahun yang sedang berdepan Kazuma Kawano, rebah dalam keadaan tertiarap semasa perlawanan lewat semalam. Ketika itu kedudukan terikat 11-11.

Malaysia, China berentap di separuh akhir Tan Jie-Ee Wei tetap serius hadapi BAC Roslie, Xin Yee ketuai cabaran di Yogyakarta
Selepas takluk England, Jonatan tawan Asia pula Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir Terbuka India Tiket Masters Malaysia laris Pemain ikut jejak Rexy minta maaf Masters Malaysia tetap ‘panas’

Pasukan perubatan kejohanan kemudiannya memberikan bantuan kecemasan sebelum pemain remaja itu dikejarkan ke hospital.

Badminton Asia dan Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan Bersama berkata Zhi Jie disahkan meninggal dunia pukul 11.20 malam waktu tempatan.

“Pemain perseorangan China, Zhang Zhi Jie pengsan di dalam gelanggang ketika perlawanan petang semalam sebelum dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia pada jam 11.20 malam waktu tempatan.

“Zhi Jie sedang bermain perlawanan peringkat kumpulan menentang Jepun ketika dia pengsan.

“Dia kemudiannya dirawat oleh doktor kejohanan dan pasukan perubatan sebelum dibawa ke hospital dalam tempoh kurang dua minit dengan ambulans yang disediakan,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Badminton Asia, PBSI dan jawatankuasa penganjur kejohanan mengucapkan takziah kepada ibu bapa Zhi Jie, keluarga dan Persatuan Badminton China (CBA).

Kejohanan Badminton Remaja Asia berlangsung di GOR Among Raga, Yogyakarta dari 28 Jun hingga 2 Julai bagi acara berpasukan campuran.

Kejohanan itu akan diteruskan bagi acara individu yang dijadual bermula dari 3 hingga 7 Julai ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here