Sultan Ibrahim dipersembahkan engenai pelaksanaan Banci Pertanian 2024. Foto: FB Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin di Istana Negara hari ini. 

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

 

Semasa pertemuan tersebut, Seri Paduka Baginda dipersembahkan mengenai pelaksanaan Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

 

Pada 4 Mac lepas, DOSM dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 1.3 juta pengusaha pertanian akan dilibatkan dalam bancian yang meliputi fasa pertama bermula 13 Feb hingga 31 Mac dan fasa kedua pada 7 Julai hingga 10 Oktober.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here