GAZA- Kumpulan militan Palestin, Islamic Jihad melancarkan serangan roket bertubi-tubi ke arah Israel semalam susulan kemaraan kereta kebal milik Israel yang menceroboh ke kawasan yang lebih jauh seperti Shejaia, kawasan luar bandar yang terletak di timur Bandar Gaza.
Ia juga mula mara ke bahagian barat dan tengah Rafah.
Dalam pada itu, Islamic Jihad yang merupakan sekutu Hamas berkata, para pejuangnya telah melancarkan roket terhadap beberapa komuniti Israel berhampiran dengan pagar yang berdekatan Gaza.
Ia sebagai tindak balas terhadap jenayah yang dilakukan zionis terhadap rakyat Palestin.
Menurut tentera Israel, kumpulan penjuang yang disokong Iran itu melancarkan 20 roket namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Bagaimanapun, serangan itu menunjukkan kumpulan militan masih memiliki keupayaan roket walaupun sudah hampir sembilan bulan peperangan berlaku.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, Israel sudah menghampiri matlamatnya untuk menghapuskan kekuatan Hamas.
Sehubungan itu katanya, operasi yang tidak begitu keras akan akan diteruskan.
Keganasan turut dilaporkan di kawasan Tebing Barat yang diduduki Israel.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki terbunuh di bandar Tulkarm semasa operasi yang dijalankan tentera Israel.
Di beberapa bahagian di Gaza pula, pihak militan terus merangka serangan terhadap pasukan bersenjata Israel di kawasan-kawasan yang ditinggalkan tentera beberapa bulan lalu.- Agensi