Wisma Putra
Bangunan Wisma Putra di Putrajaya.

KUALA LUMPUR- Kementerian Luar menggesa warganegara Malaysia yang melawat atau menetap di rantau Asia Barat yang masih belum berdaftar dengan Kedutaan Malaysia terdekat untuk berbuat demikian dengan segera.

Ia bagi memudahkan pihak kedutaan untuk memanjangkan bantuan konsular dengan segera sekiranya perlu.

Wisma Putra dalam kenyataannya berkata, senarai Pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara boleh diperolehi melalui laman sesawang Kementerian Luar Negeri di www.kln.gov.my.

“Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapi perkembangan semasa di rantau Timur Tengah. Malaysia secara berterusan menyeru kepada gencatan senjata di Gaza dan supaya semua pihak yang terlibat untuk meredakan ketegangan supaya situasi ini tidak merebak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here