Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan Foto: FB Vivian Balakrishnan

SINGAPURA- Singapura bersedia secara prinsip untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada suatu masa yang bersesuaian, demikian menurut Menteri Luarnya, Vivian Balakrishnan di Parlimen, hari ini.

Jelas beliau, pertimbangan utama dalam melaksanakan langkah tersebut diharap boleh membantu ke arah perdamaian dan rundingan Penyelesaian Dua Negara.

“Secara khususnya, kerajaan Palestin perlu menerima hak Israel untuk wujud dan menolak keganasan secara mutlak.

“Kedua-dua pihak mempunyai hak yang sah dan dalam masa sama, rakyat kedua-dua negara juga berhak untuk hidup aman serta bermaruah dalam sempadan yang selamat,” katanya.

Vivian berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung keputusan Singapura untuk mengundi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Semasa proses undian pada 10 Mei lalu, Singapura menyokong usul menerima Palestin sebagai ahli PBB.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang serius dan berhati-hati.- Straits Times

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here