Pengunjung hadir tidak melepaskan peluang melihat dengan lebih dekat kereta Tesla model Y baharu yang dilancarkan berharga dari RM199,000 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto WAN NABIL NASIR, 20 JULAI 2023.

SAN FRANCISCO- Tesla mencatatkan penurunan penghantaran kenderaan keluarannnya kira-kira 4.7 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Agensi berita Xinhua melaporkan, syarikat itu menghantar kenderaan elektrik (EV) lebih banyak berbanding jangkaan pada suku kedua iaitu sebanyak 443,956 unit.

Ini termasuk 422,405 daripada Model 3 dan Ys manakala baki 21,551 daripada pelbagai model EV yang lain.

Tesla turut merekodkan pengeluaran sebanyak 410,831 kenderaan pada suku kedua, menyusut sebanyak 14.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Syarikat itu juga mencatatkan penurunan sebanyak 8.5 peratus bagi tahun-ke-tahun pada suku pertama.

Tesla bakal menerbitkan keputusan kewangan suku keduanya pada 23 Julai ini.- Xinhua-Bernama

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast