KUALA LUMPUR – “Apakah Peguam Negara akan mengambil tindakan ke atas Zahid dan Wan Rosdy di bawah Akta Hasutan?,” soal Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.
Ia susulan keputusan mahkamah yang memutuskan bahawa afidavit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail cuma hearsay (keterangan dengar cakap) yang bermakna Presiden dan Naib Presiden UMNO bawa khabar angin.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, Kerajaan Perpaduan wajar membersihkan namanya kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja membangkitan isu politik kebencian yang dikaitkan dengan hearsay.
Tetapi, Puad berkata, ahli UMNO sudah tentu akan mempertahankan AhmadZahid dan Wan Rossdy kerana Peguam Negara dan kerajaan tidak pernah menafikan wujudnya titah adendum tersebut, ujarnya.
Semalam, Datuk Seri Najib Razak gagal mendapat kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya beliau menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.
Mahkamah Tinggi melalui hakim bicara, Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas mendapati semua afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan Najib hanya sekadar ‘dengar cakap’ dan khabar angin sahaja.
Ia termasuk afidavit Ahmad Zahid dan Wan Rosdy Wan Ismail.
Najib memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Januari 2024.
Bekas perdana menteri itu juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan di rumah. – MalaysiaGazette
Kerajaan gagal ni main konar sana sini..soalan rakyat senang jaa…ada titah ke tak ada?? Jawab je lah..kalau tak ada, just say no..simple..