Sebanyak 3,000 topi kaledar percuma diedarkan sempena Program Madani Rakyat Zon Timur 2024 di reruai JPJ Pahang.

KUANTAN – Orang ramai yang berkunjung ke Program Madani Rakyat Zon Timur 2024 masih sempat untuk menukar topi keledar lama kepada yang baharu di tapak pameran reruai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Dataran Sayangi Kuantan sehingga esok.

Pengarahnya, Iskandar Kamarul Nordin berkata, pengunjung perlu membawa kad pengenalan dan topi kaledar lama untuk ditukar ganti.

”Sebanyak 3,000 topi disediakan kepada pengunjung di mana setiap 1,000 diagihkan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.

”Topi keledar ini topi yang mempunya piawaian yang ditetapkan oleh pihak SIRIM,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Tambah Kamarul Iskandar, pihaknya opitimis dalam memberi advokasi kepada orang ramai kepentingan memakai topi keledar yang mematuhi spesifikasi ditetapkan.

Ia penting bagi mengelakkan pemahaman hanya sekadar memakai topi di kepala tanpa mengetahui kegunaan dan fungsi yang sebenar topi keledar, katanya.

Ini kerana di pasaran seperti kedai aksesori menjual motor menawarkan topi keledar perhiasan atau kegunaan sukan yang bukan sepatutnya digunakan oleh penunggang motosikal.

Program Madani Rakyat peringkat negeri diadakan mengikut zon Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast