STEVEN Sim Chee Keong bersama Rayyan, kanak-kanak yang dibantunya untuk menjalani pembedahan otak kira-kira setahun lalu yang kini dapat berjalan semula.

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia menarik perhatian ramai apabila berkongsi mengenai kisah seorang kanak-kanak Melayu, Rayyan yang lumpuh akibat pendarahan otak dibantunya setahun lalu.

Menerusi perkongsian di laman sosial Instagramnya, Steven Sim Keong berkata, beliau menggunakan duit poketnya sendiri sebanyak RM20,000 bagi membolehkan Rayyan yang ketika itu hanya terbujur kaku menjalani pembedahan segera.

Katanya, bapa kanak-kanak itu tidak berkemampuan memandangkan hanya bekerja di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) manakala proses mendapatkan bantuan daripada pihak berwajib pula memakan banyak masa.

“Rayyan bukan anak saya tapi hati saya rasa pilu dan perit sebab dia lebih kurang sebaya dengan anak saya.

“Jadi saya faham sangat perasaan seorang bapa. Ketika itu saya timbalan menteri. Tapi nak guna peruntukan kerajaan ‘tak dan’ (tidak sempat) sebab ada proses dan garis panduan tertentu.

“Nak selamatkan nyawa tak boleh nak tunggu proses bagai. Jadi saya kasi ‘teruih’ (terus) RM20,0000 dari poket sendiri untuk tanggung kos pembedahan.

“Selepas pembedahan, saya biaya kos fisioterapi adik Rayyan selama setahun. Saya habaq (beritahu) kat ayah dan ibu Rayyan jangan risau pasal duit, fokus saja untuk berubat buat anak mereka,” katanya.

Tambah Steven Sim, selepas setahun berlalu, beliau menerima berita gembira adik Rayyan kini ‘mendapat’ semula kakinya dan sudah boleh berjalan.

“Hatiku luluh, air mata jatuh berlinangan selepas melihat Rayyan tersenyum dan datang memeluk saya. Tiada apa yang lebih berharga daripada nyawa seorang manusia, ia benar-benar paling bernilai,” katanya.

Jelas beliau, sebagai Ahli Parlimen Bukit Mertajam, beliau melayan semua orang kampung seperti anak sendiri.

“Bak kata PMX, (Datuk Seri) Anwar lbrahim, anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak Iban atau anak Kadazan, mereka semua anak saya,” katanya.

Steven Sim turut mengimbau detik-detik awal ketika beliau menyertai politik yang mana sasarannya hanya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik dengan berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat.

“Hari ini, adik Rayyan mengingatkan saya tentang iltizam saya untuk melangkah ke kancah politik 14 tahun lalu, walaupun penuh cabaran, walaupun kadang-kala dicerca, dimaki dan difitnah, namun semuanya berbaloi kalau saya dapat membantu seberapa ramai orang yang susah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Steven Sim walaupun beliau daripada DAP tetapi keprihatinan kepada rakyat amat dihargai , bukan ramai Ahli Parlimen seperti beliau yang utamakan rakyat terutama mereka yang miskin.Menyelamatkan nyawa tidak perlu pelbagai birokrasi ,jika tindakan segera serta Hati yang diberi keinsafan mudah membantu.
    Sedih tengok peminpin Pas yang hanya mengutamakan ahli-ahli Pas bila membantu dan sikap kedekut mereka amat menyerlah walaupun mereka Adun atau Ahli Parlimen..
    Hairan kenapa masih ada orang memilih orang Pas sebagai Peminpin atau YB kerana ia tidak membantu banyak tetapi menekan orang ramai menderma sederkah sedang mereka takut keluarkan diri sendiri.
    Harap orang ramai terutama orang melayu sedarlah dan bangun daripada tipu daya yang menggunakan nama Melayu serta Agama Islam…Pas bukan jaminan ke syurga kerana ia hanya parti politik.
    Adakah sebelum wujud Parti Pas 1951 , orang melayu di Tanah Melayu tidak Islam ke?
    Tipu daya mereka bahaya

  2. Kemala, cuba terangkan apa tipu daya yang pemimpin PAS dah buat. Saya tak salahkan anda, kerana anda bukan muslim jadi kamu tidak faham. Kamu hanya dimomokkan oleh fitnah2 para pemimpin kamu terhadapa orang islam.

  3. Dia ni style dia ialah dia akan cari sape2 yg susah…target utama ialah orang Melayu..kemudian dia akan bantu..bagi motor laa..bagi duit laa..bagi mcm2…lepas tu dia akan sebarkan dalam media sosial..hebahkan..strategi propaganda ni tidak lain untuk menunjukkan DAP bukan anti Melayu…

Comments are closed.