ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz

MUAR – Seorang suri rumah ‘hilang’ wang simpanan RM1000,00 selepas terpedaya dengan dengan skim pelaburan tidak wujud dalam Facebook pada Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada mangsa yang berusia 31 tahun semalam.

“Semuanya bermula apabila mangsa melihat iklan dalam Facebook sebuah syarikat. Mangsa kemudian berminat dengan iklan yang dipaparkan dalam iklan tersebut.

“Pada 14 Mac lalu mangsa menghubungi suspek untuk mendapatkan penjelasan mengenai pelaburan itu.

“Suspek memperdaya mangsa dengan menjanjikan keuntungan 50 peratus dalam tempoh sebulan sekiranya membuat pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, seterusnya mangsa bertemu seorang wanita tempatan yang mengaku wakil syarikat tersebut pada 30 April lalu.

Wanita itu katanya, telah memberi penjelasan dengan lebih lanjut mengenai pelaburan tersebut sebelum mangsa menandatangani perjanjian dalam talian.

Jelasnya, mangsa membuat sembilan transaksi berjumlah RM100,000 ke dalam satu akaun yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

“Apabila sampai masa mangsa tidak mendapat keuntungan yang dijanjikan dan agen syarikat berkenaan juga lesap tidak dapat dihubungi,” katanya.

Katanya, semakan yang dibuat selepas itu mendapati akaun Facebook berkenaan sudah tidak wujud.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara minimum satu tahun atau maksimum 10 tahun dengan sebatan atau denda.

Pihak polis katanya, menasihati orang ramai untuk mengunakan perkhidmatan semakan scammer melakui portal http:/semakmule.rmp.gov.my/utk bagi menyemak latar belakang mana-mana individu yang menjanjikan pulangan melampau. – MalaysiaGazette