Islamic Resistance di Iraq mensasarkan loji janakuasa di Hadera untuk serangan dron

TEHRAN- Pejuang Islamic Resistance di Iraq merancang serangan terhadap sebuah loji janakuasa rejim zionis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza, pagi Rabu.

Menurut media pejuang Iraq itu, loji janakuasa di Hadera, Palestin menjadi sasaran serangan dron.

Ini bukan kali pertama loji janakuasa itu menjadi sasaran Islamic Resistance.

Loji janakuasa Orot Robin pernah menjadi sasaran 8 Jun lalu.

Selasa lalu, Islamic Resistance di Iraq mensasarkan serangan dron terhadap bangunan penting dan sensitif di Eilat sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Palestin dan Gaza yang menjadi mangsa kekejaman zionis.- IRNA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here