Bersatu
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli majlis pimpinan tertinggi, pemimpin sayap-sayap peringkat pusat, pemimpin atasan Bahagian dan pemimpin atasan sayap-sayap di peringkat bahagian parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan berhimpun di Selayang Ideal Convention Centre (IDCC) esok.

Pengerusi Biro Latihan dan Perkaderan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, himpunan tersebut adalah sempena Konvensyen Bersatu Malaysia oleh Biro Latihan dan Perkaderan Bersatu.

Katanya, Konvensyen juga terbuka kepada ahli-ahli Bersatu yang berminat hadir dan mendaftar.

“Antara agenda utama Konvensyen ini adalah memberi taklimat terkini mengenai peraturan-peraturan persidangan Bersatu peringkat Cawangan, Bahagian dan Pusat.

“Melancarkan konsultasi nasional dalaman parti mengenai dokumen “Idealisme Perjuangan Bersatu” yang menggariskan prinsip dan falsafah perjuangan Bersatu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Saiful berkata, kedua-dua agenda tersebut amat penting bagi parti seperti Bersatu yang masih muda dalam lanskap politik negara.

“Para peserta konvensyen bukan saja akan menerima maklumat tepat mengenai tatacara pengurusan dan penganjuran persidangan yang akan bermula tak lama lagi, tetapi juga akan mendapat peluang membedah dokumen yang menggariskan prinsip-prinsip utama atau fikrah perjuangan parti Bersatu,” tambahnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast