Dr. Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Tan Sri Noh Omar yang mengaku membantu Datuk Seri Azmin Ali pada pilian raya umum lalu dipersoalkan mengapa marah UMNO apabila digantung keahliannya.

Sebaliknya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa Noh sendiri yang minta dipecat.

“Maka jangan tuduh UMNO kuku besi,” katanya.

Beliau mengulas pengakuan Noh itu yang mendakwa membantu Azmin dari belakang menang 22 kerusi di Selangor ketika pilihan raya negeri (PRN) dan enam kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Walau apapun, kata Puad, beliau bersimpati dengan Noh kerana cita-cita bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu jadi calon tersekat.

“Noh kempunan. Azmin lega,” tambahnya.

Saya digantung parti enam tahun, saya minta terus dipecat – Noh

Pada PRU15, Noh digugurkan daripada mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang.

UMNO kemudian memecatkan pada 28 Januari 2023 dipecat disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan semasa PRU-15.

Puad secara sinis menyifatkan Noh sebagai hebat apabila mendakwa gabungan bersama Azmin untuk menakut-nakutkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, beliau berkata, Noh lupa beliau adalah ‘jeneral’ UMNO Selangor semasa PRU Ke-14.

Noh yang mendesak Presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri Najib Razak agar melewatkan PRU sehingga selesai urusan persempadanan.

“BN lingkup di Selangor dan pusat gara- gara Noh,” ujarnya lagi.

Keputusan PRU ke-14 menyaksikan BN hanya memperoleh dua kerusi Parlimen Selangor dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri. – MalaysiaGazette

UMNO pecat 42 ahlinya