Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi telah memecat seramai 42 ahli parti daripada beberapa negeri.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia melibatkan lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari Pahang.

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU-15,” kata Ahmad dalam kenyataan.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang baharu menggantikan Datuk Seri Hasni Mohamad.

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan UMNO turut memecat bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dipecat daripada parti.

Lima termasuk Ketua UMNO Bahagian Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya pula digantung selama enam tahun.

Dua lagi adalah Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Salim Shariff.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

KJ, Noh dipecat, Hishammuddin, Shahril, Fathul Bahri digantung 6 tahun

2 Komen

  1. EMBAGA DISPLIN UMNOGOK….MENIKUS UNTUK PECAT PRESIDEN ZAHID TOK MAT AHMAD MASLAN DAN SEKUTU2NYA YANG JADI MUNAFIK DALAM PAU 2021….NO ANWAR NO DAPIGS

    ALLAH YANG MENGETAHUI DAN SEBAIK2 PERANCANG…..UMNO BUNGKUS PRU 15 dan menunjukkan sikap kepuraan2 mereka SEBENAR pada parti ahli dan rakyat GERAK GERI MUNAFIKUN….itulah HIKMAH sebenarnya

Comments are closed.