Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan . Foto SYADILA AMARI, 26 JUN 2024.

KUALA LUMPUR – Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah adalah teman lelakinya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang berusia 26 tahun itu  merupakan penjawat awam.

“Berpandukan siasatan terhadap suspek telah membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

“Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan kami,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hussein juga masih belum mengulas tentang dakwaan bahawa suspek berkenaan merupakan anggota polis.

Mayat Nur Farah Kartini ditemui, penjawat awam ditahan

Artikel berkaitan: Wanita hilang selepas hantar kereta sewa kepada pelanggan

Jenazah Nur Farah Kartini akan dibawa pulang ke Miri

Terdahulu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu pagi tadi untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu.

Siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kenyataan malam tadi, Hussein mengesahkan penemuan mayat mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak yang dilaporkan hilang sejak 11 Julai lalu.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang selepas menghantar kereta kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak. – MalaysiaGazette

Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman 7 hari

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast