Sekata Apartment terletak di Ringlet, Cameron Highlands.
CAMERON HIGHLANDS – Sebut nama Cameron Highlands di Pahang, pasti pantas terlintas di minda lokasi popular seperti Tanah Rata dan Berinchang.
Apa tidaknya, siapa yang tidak berkunjung ke Big Red Strawberry Farm, Rose Valley, Cameron Bharat Tea Estate dan Green View Garden di Tanah Rata.

Di Berinchang pula, pengunjung pasti tidak mahu melepaskan peluang pergi pasar malam setiap Jumaat dan Sabtu selain ladang teh di Sungai Palas.

Bayangkan sekiranya pada hujung minggu atau pun cuti, Tanah Rata dan Berinchang penuh sesak dengan orang ramai dan pengunjung yang datang terpaksa berdepan dengan suasana hiruk pikuk.

Jadi bagi mereka yang sesekali ingin keluar daripada kesesakan ibu kota, pasti faktor ketenangkan minda dan suasana yang damai menjadi pilihan untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Namun apabila pergi bercuti di tempat yang sentiasa sibuk dan sesat, sudah tentu mood bercuti akan terganggu jika berkunjung ke Cameron Highlands yang penuh sesak.

Apatah lagi pusat peranginan terkenal itu telah dinobatkan antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2024.

Sekata Apartment di Ringlet pasti tidak mengecewakan kerana menawarkan lokasi percutian yang sangat mempesonakan dan mendamaikan.

Bagaimana kini bagi hendak ke sana, tidak perlu risau untuk mencari lokasi yang sesuai. Apa kata menginap di Sekata Aparment yang terletak di Ringlet di mana bakal meninggalkan kenangan manis untuk keluarga tersayang.

Sekiranya datang dari arah Kuala Lumpur, anda boleh keluar di Plaza Tol Tapah dan hanya mengambil masa sejam lebih untuk sampai bergantung kepada kesesakan jumlah kenderaan.

Terletak di kawasan perumahan Taman Orkid Deluxe, rumah rehat  berbentuk apartment ini kelilingi oleh kawasan perbukitan yang menjadikan ia lokasi yang terbaik untuk berehat jauh dari kesesakan terutamanya hujung minggu di puncak peranginan itu.

Malah anda pasti terpesona dengan apartmen suite ini yang menyediakan kediaman yang luas dan besar sebanyak tiga bilik tidur dan dua bilik air lengkap dengan ruang tamu, ruang makan, dapur dan balkoni ini.

Lebih menarik, antara kemudahan kelengkapan asas yang disediakan di setiap unit rumah adalah dapur elektrik, microwave, cerek air elektrik, peti ais serta kelengkapan memasak seperti periuk, kuali dan alatan memasak.

Jadi inilah peluang untuk bersama ahli keluarga dan rakan-rakan untuk mengeratkan silaturahim dengan mengada aktiviti memasak bersama-sama dalam suasana yang mendamaikan.

Apartmen suite ini yang menyediakan kediaman yang luas dan besar sebanyak tiga bilik tidur.

Malah pada waktu malam, dalam cuaca yang sejuk, anda boleh melepak beramai di balkoni sambil menikmati pemandangan lampu kebun bunga dan menghirup secawan kopi sambil mengimbau pelbagai nostalgia lalu.

Keesokan harinya, jika ingin berjalan-bjalan, anda bolehlah ke Tanah Rata dan Berinchang yang terletak kira-kira 12 ke 15 kilometer untuk ke sana yang hanya mengambil masa tidak sampai 30 minit.

Sementara itu, Sekata Aparment yang dimiliki Koperasi Kakitangan Bank Rakyat atau nama singkatannya Sekatarakyat mula beroperasi pada 16 Ogos 2017.

Apartment ini dibahagikan kepada dua jenis unit iaitu standard dan premium dimana ianya boleh memuatkan sehingga lima orang tetamu dengan harga promosi penginapan sepanjang tahun 2024 ini serendah RM168 semalam.

Kolam renang terbuka yang dilengkapi dengan pemanas air.

Apartment Sekata juga menyediakan kolam renang terbuka yang dilengkapi dengan pemanas air yang terletak di Sekata Makmur iaitu bangunan milik Sekatarakyat yang terletak di kawasan sekitar.

Kolam renang itu kini menjadi tumpuan kerana pengunjung dapat menikmati pemandangan bukit bukau yang memberikan suatu ketenangan ketika mandi manda.

Bagi ingin mengadakan aktiviti, Sekata Makmur juga memiliki padang terbuka di tingkat atas untuk majlis perkahwinan dan team building selain bilik mesyuarat dan persidangan.

Paling menarik, Restoran Kenny Rogers juga menyediakan penghantaran secara percuma kepada mereka yang menginap di Sekata Apartment. Pada masa sama, Sekata Farmasi juga terletak di kawasan sekitar bagi tetamu yang menghadapi masalah kesihatan untuk mendapatkan ubatan.

Justeru jika datang berkunjung ke Cameron Highlands mencari ketenangan, Sekata Apartment di Ringlet pasti tidak mengecewakan kerana menawarkan lokasi percutian yang sangat mempesonakan dan mendamaikan.

Segalanya bersatu antara alam semula jadi yang menghijau di mana suasana sepi yang ditemani hembusan angin yang sejuk sepoi-sepoi bahasa. Orang ramai yang berminat untuk berkunjung dan bermalam di Apartment Sekata boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sosial miliknya. – MalaysiaGazette

Cameron Highlnads telah dinobatkan antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2024.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast