Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff

PEKAN – UMNO Pekan mahu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis yang dimenangi Parikatan Nasional (PN) pada pilihan raya akan datang.

Ketua UMNO Pekan, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, rakyat mungkin sudah sedar kesilapan mereka memilih persepsi daripada prestasi yang menyebabkan kerusi itu jatuh di tangan PN.

”Mungkin dulu rakyat dapat kefahaman yang kurang tepat, hari ini semua dengar di seluruh Malaysia ini mereka sangat rindu zaman Datuk Seri Najib. Kita harap kesedaran bahawa kita menolak politik yang melebihkan persepsi.

“Kita berhasrat agar DUN Pulau Manis dapat diambil semula, dapat rebut kembali kerusi itu pada PRU16 nanti,” katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Pekan, di sini, hari ini.

Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Pekan itu dirasmikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pada PiliPRUhan Raya Umum () ke-15, kerusi DUN Pulau Manis dimenangi calon PN, Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan yang meraih 13,064 undi menewaskan calon BN, Datuk Khairuddin Mahmod (9,133 undi) dan calon PH, Muhammad Khairil Khalid (1,901undi).

Tiga kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bebar, Peramu Jaya dan Chini di bawah Parlimen Pekan kekal milik Barisan Nasional (BN).

Menurut Mohammad Fakhruddin, kini rakyat lebih matang dalam menilai sesuatu isu dengan memilih prestasi calon dalam memilih pemimpin untuk menerajui kawasan mereka. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Pewakilan UMNO Pekan bawa usul keadilan dan pembebasan ‘Bossku’

Pemuda UMNO Pahang kemuka usul titah adendum Najib di PAU

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast